A = Ramah dan murah senyuman. Mereka
juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan
cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan
kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.
B = Selalu tenang dalam menghadapi
masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat
disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C = Ramah dan pandai berbicara. Ini
yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak
bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi
adalah remeh.
D = Pendiam, bercakap hanya bila
perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang
menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah
selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E = Pandai dan penuh pertimbangan
dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya
senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
membuatkan hati orang lain terluka.
F = Punya pendirian yang teguh, tidak mudah
goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan
amat berhati-hati bila berbelanja.
G = Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya
bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya
sedang tekun.
H = Mudah simpati, bahasanya
lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi.
I= Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J = Ramah dan murah senyuman. Mereka
juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam
membuat keputusan dan tidak tegas.
K= Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L = Ramah dan pandai bergaul
dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan
orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak
menepati masa.
M = Pandai dan kreatif, suka
kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan
sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras
kepala.
N= Baik hati dan rapi dalam
berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa
memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri
O = Serba boleh. Suka memendam
perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P = Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang
belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q = Setia dan mudah memaafkan orang
lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar
diatur dan mudah emosi.
R = Pendiam dan bercakap hanya bila
perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam
mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika
marah.
S = Pandai dan tekun dalam mengejar
cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah
emosi marahnya meledak-ledak.
T = Sangat berdisiplin. Selalu
mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau
bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama
bila bersalah.
U = Suka berterus-terang dan
menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan
kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.
V= Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai
orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
berterus terang.
W = Ramah dan mudah simpati. Sikapnya
amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras
kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
kesabaran dan kelembutan.
X = Budi pekertinya halus. Suka
melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik
dengan mereka yang menyinggungnya.
Y = Pendiam dan tidak suka
menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z= Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.